Powered By Blogger

Monday 22 July 2013

lama dah tak tulis blog nie....

assalamualaikum,lama sungguh rasanye tak jelajah blog ni..
maklumla sekarang kandungan genap la 9 bulan so badan semua dah letih dan rasa lemah..
lately ni rasa diri macam badmood jer dan cepat sangat stress..agak bahaya tak untuk kesihatan aku sekarang...ingat aku suke ker dengan keadaan macam ni...tengah2 tunggu hari ni kena keje lagi..hi bosan tau tak ...bukan aku boleh keje sangat...sana sini sakit..so semua rasa macam tak kena..baik aku tak payah datang kerja teruskan...susah2 jer suruh aku keje lagi..tapi apakan daya company bukan laki aku yang punyakan..so kerja la walaupon otak aku sekarang dah kat awang-awangan...satu lagi  usia kehamilan genap 9 bulan ni aku lebih susah untuk bernafas dengan baik dan tidur pon memang tergangu gila.. erhhh streesss..!! dia tak selesa macam awal kehamilan tau...tapi aku kena tempuh ni semua dengan tenang dan sabar...NAK di jadikan cerita sepanjang puasa ni dalam tak larat2 ni pon boleh lagi aku ikot laki aku berjalan3 meletihkan tubuh badan ni..tapi tu aku lebih suke berbanding duduk sahaja yang boleh mendatang keletihan dekat badan aku ni...puasa tahun ni paling banyak makan rojak buah...erh ikot laki aku mang tak jadi apela...nak yang masam jer...aku pulak start jer pregnant masam2 memang aku tak pandang.....hahaha...lama tak tulis ni penat pulak nak tulis panjang2..so sampai sini dulu la entry aku tulis ye...entry lepas ni mybe cerita pasal my baby pulak ker..hahahha teruja nya aku nak jadi seorang mummy !!!






Monday 27 May 2013

feNOMENA arCATEL

aku tengok fenomena phone arcatel ni meluas sangat sekarang..maklum la harga memang gila murah lepas tu 
fountion pon memang best ada pulak android fountion....member aku ni ada jual jugak arcatel ni tapi dalam rm100 camtu la...dia murah sebab phone ni guna rebet yang rm200 tu...mang la murahkan... tapi aku rasa dah ramai dah kene tipu tentang harga telefon ni ken..Aku tetap tak puas hati dengan harga yang kawan aku cakap tu then aku pergi siasat sendiri tentang phone ni...then aku dah dapat jawapanye...harganye tak la sampai rm100 pong adoyai...dengan bergegasnye aku dengan kawan aku sorang ni pergi register and cepat2 dapatkan telefon yang murah tu..hahahhahhahahah teringin jugak rupenye ek.haha...dapat jer tepon tu mang tak buat kerja rumah la aku nampaknye...semua aku download segala apa yang ada wechat,instagram,line dan yang paling penting  camera 360....

haha lawa jer kan....ha ape lagi dapatkan segera la...nanti abes pulak stoknye tu.. sorry la ye aku ni tak reti nak nego2 ni....hahaha...

Sunday 26 May 2013

7 GOLONGON SYAITAN MENGGANGU MANUSIA SEWAKTU SAKARATULMAUT



Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.

Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut.”


  • Rombongan 1
Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

  • Rombongan 2
Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati.

Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya..

  • Rombongan 3
Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

  • Rombongan 4
Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

  • Rombongan 5
Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,

berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

  • Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.

Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya.

Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.


  • Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”












KENAPA YE??ISNIN BOSAN SANGAT

KENAPA YE???
kalo sebut hari isnin mesti semua akan malas!!!dari aku sekolah sampai la aku dah kerja sekarang ni...
hari isnin adalah hari dimana aku akan malas!!ada banyak faktor sebenarnya terutama sekali mybe sebab
dah cuti 2 hari  then dah jadi malas..hehehhehhehhe aku pon tak tahu la...sekarang ni aku rasa pergi kerja
pandang pc pon dah malas dah...diam seribu bahasa............nak letak kepala atas meja dan sambung mimpi jer rasa nye tapi cc tv ni terpacak atas kepala aku pulek!! adoiiiiii....

Thursday 23 May 2013

SIAPA AKU



NAMA AKU Nur Emylia Shakeera Binti Muhammad Rosli, then korg boleh la panggil aku EMY ye..
aku TINGGAL dekat Johan Setia Klang..DAN aku sudah BERKAHWIN!!HIHIHI...baru sekarang terminat nak tulis blog2 ni...padahal aku ni bukan la seorang yang suke menaip atau mengarang sesuatu...tapi minat aku ni muncul tibe2 jer tanpa di undang...hahahah MYBE tu feeling aku jer kot kan,berbalik cerita asal ye..aku kerja dekat salah sebuah syarikat yang tak berapa nak popular pon,dengan meyadang jawatan sebagai TELEMARKETING...kelakar la pulak!! Minat pulak aku kerja nie kan...nak kena pujuk2 orang guna kita punya produk...ehhh memang rimas...ape pon dah kerja terpaksa la buat..DAN sekarang ni aku tengah berbadan dua,...kata org tua nak jadi mak budak pon...tapi still macam ni je perangai aku ni...nak kata matang tak pon..hahahah gurau jer...aku dah matang lar....!!`~~~lalall~~~lala....ape pon aku tetap bersedia untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang IBU tau!! ape lagi ye nak taip niey...xpe nanti korg nak tau boleh jer nak tanye..maklum la baru first time bukak blog la kata kan....hahahaahah !!!! maaf ye bahasa masih belum nak SASTERA sangat maklumla baru jer berjinak2 dalam blog ni...nanti korang boleh la ajar aku ye macam mana nak guna blog ni .... thanks you very much prend ",)